KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN PKB KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING

KUNJUNGAN HORMAT KUMPULAN PKB KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH BALING

Alor Setar – 26 Mei 2025, Isnin: Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), Encik Mohd Azad bin Jasmi, telah mengetuai Kumpulan PKB dalam satu kunjungan hormat ke Pejabat Daerah & Tanah Baling. Delegasi tersebut turut disertai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman; Penolong Pengurus Operasi, Encik Mohd Hamiz bin Redzuan; serta wakil PKB Development Sdn. Bhd., Encik Raimy Izwan bin Muhamad Rozali.

Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Pegawai Daerah Baling, Tuan Yazlan Sunardie bin Che Yahaya, AMK., BCK., BKM., bersama barisan pegawai kanan Pejabat Daerah & Tanah Baling.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara PKB dan Pejabat Daerah & Tanah Baling, di samping membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam pelbagai inisiatif pembangunan. Usaha ini selaras dengan aspirasi untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri Kedah.

Pertemuan turut diisi dengan sesi suai kenal antara wakil kedua-dua pihak serta pertukaran pandangan mengenai hala tuju pembangunan dan peluang kolaborasi jangka panjang yang dapat dimanfaatkan bersama.

PKB berharap kunjungan ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dan berterusan antara kedua-dua entiti, sekali gus menyumbang secara langsung ke arah pembangunan negeri Kedah secara holistik dan inklusif.

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH (YIKED)

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH (YIKED)

Alor Setar – 15 Mei 2025, Khamis: Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), Encik Mohd Azad bin Jasmi, telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) bersama delegasi yang turut disertai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi, Encik Mohd Hamiz bin Redzuan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mempererat hubungan dua hala antara PKB dan YIKED, selain membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam pelbagai inisiatif pembangunan yang boleh memberi manfaat bersama, khususnya dalam konteks kemajuan negeri Kedah.

Pertemuan turut diisi dengan sesi suai kenal antara wakil kedua-dua entiti, di samping bertukar pandangan berkenaan hala tuju dan peluang kolaborasi jangka panjang yang dapat diterokai demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dan berterusan antara PKB dan YIKED, seterusnya menyumbang kepada agenda pembangunan negeri secara menyeluruh.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PKB DAN PAHLAWAN DINAMIK SDN BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PKB DAN PAHLAWAN DINAMIK SDN BHD

Alor Setar – 15 Mei 2025, Khamis: Satu perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Pahlawan Dinamik Sdn. Bhd., menandakan permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh aspek keselamatan dan pengurusan risiko, khususnya berkaitan kebakaran dalam pembangunan PKB.

Majlis MoU ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Mohd Azad Bin Jasmi, dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman.

Pahlawan Dinamik Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang berpengalaman dalam teknologi keselamatan dan pertahanan, akan menyediakan penyelesaian komprehensif termasuk sistem pemantauan kebakaran, alat pengesanan awal (early detection systems), sistem respons kecemasan bersepadu, serta latihan keselamatan kebakaran.

Kerjasama ini dijangka memberi nilai tambah yang besar kepada infrastruktur PKB, terutamanya dalam memastikan keselamatan aset, kawasan industri, dan projek pembangunan di bawah kelolaan PKB berada pada tahap terbaik.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih mantap dan berimpak tinggi dalam aspek keselamatan, inovasi teknologi dan pengurusan risiko di negeri Kedah.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PKB DAN CIC ENVIRONMENTAL SERVICES SDN BHD.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PKB DAN CIC ENVIRONMENTAL SERVICES SDN BHD.

Alor Setar – 14 Mei 2025, Rabu: Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan CIC Environmental Services Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama antara kedua belah pihak.

MoU tersebut dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan Encik Rezarul bin Redzuan mewakili CIC Environmental Services dalam satu sesi rasmi yang berlangsung di bilik mesyuarat PKB.

MoU ini menjadi titik permulaan kepada hubungan strategik antara PKB dan CIC Environmental Services Sdn Bhd dalam memperkasa kepakaran serta teknologi pengurusan sisa dan pematuhan alam sekitar, khususnya dalam menyokong pembangunan sektor kesihatan yang lebih sihat dan kemas.

Semoga kerjasama ini terus berkembang dan memberi impak positif kepada sektor kesihatan di rantau ini melalui gabungan kepakaran kedua-dua pihak.

LAWATAN TAPAK OLEH PKB DEVELOPMENT KE PENANG PORT SDN BHD

LAWATAN TAPAK OLEH PKB DEVELOPMENT KE PENANG PORT SDN BHD

Pulau Pinang – 11 Mei 2025, Ahad: Delegasi Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan lawatan tapak rasmi ke Penang Port Sdn. Bhd. sempena persiapan bagi eksport pertama pasir silika dari Lot 1086, Mukim Terap ke Taiwan.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Badrudi bin Haji Hamid, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan mewakili PKB,  bersama Encik Mohd Saifuddin bin Hassan Pengerusi PKB Development Sdn bhd dan juga kakitangan iaitu Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan, Puan Norsyazwani binti Mustaffa serta Encik Raimy Izwan bin Muhamad Rozali. Lawatan ini juga dihadiri oleh pihak operator kuari Dinasti Amwan Sdn Bhd.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau proses penghantaran silika (eksport) ke Taiwan kali pertama.

Semoga inisiatif ini membuka lembaran baharu dalam pembangunan ekonomi negeri Kedah, khususnya dalam memperluas pasaran eksport dan memperkukuh rantaian bekalan industri mineral tempatan.