MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DEVELOPMENT SDN BHD BERSAMA SBC LIGHTING SDN BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DEVELOPMENT SDN BHD BERSAMA SBC LIGHTING SDN BHD

Alor Setar – 13 Januari 2025, Isnin: Satu perjanjian telah dimeterai antara PKB Development Sdn Bhd bersama SBC Lighting Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus PKB Development, En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan dan mewakili SBC Lighting Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Eksekutif Mr Mok Chuang Siang.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB Development bersama SBC Lighting dalam memperkukuh usaha transformasi bandar pintar yang mampan, membawa manfaat dalam aspek keselamatan, pengurusan trafik, dan kecekapan tenaga untuk masa depan yang lebih cerah berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DEVELOPMENT SDN BHD BERSAMA SBC LIGHTING SDN BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DEVELOPMENT SDN BHD BERSAMA SBC LIGHTING SDN BHD

Kuala Lumpur – 09  Januari 2025, Khamis: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) bersama Ficus Capital Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan Ficus Capital Sdn Bhd diwakili oleh Rakan Kongsi Pengurusan Bersama Pelaburan & Operasi En Abdullah Hidayat.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Ficus Capital Sdn Bhd untuk bersama-sama meneroka dengan lebih mendalam sektor pelaburan yang unik dan bertanggungjawab melalui gabungan prinsip kewangan Islam dan amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) bagi negeri Kedah dan Malaysia.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN SI INTERNATIONAL GROUP BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN SI INTERNATIONAL GROUP BHD

Kuala Lumpur – 08 Januari 2025, Rabu: Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SI International Group Bhd.

Majlis MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman serta Penolong Pengurus Operasi, Encik Hamiz bin Redzuan.

Moga MoU ini menjadi landasan kukuh dan titik tolak kepada kerjasama yang lebih strategik serta berimpak tinggi antara PKB dan SI International Group Bhd dalam usaha menggerakkan transformasi sektor kewangan, melestarikan amalan kewangan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif, serta meningkatkan kebolehpasaran kewangan di Negeri Kedah (sebagai Hub kewangan Wilayah Utara) ke tahap yang lebih gemilang dan berdaya saing di peringkat SG4 dan global.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB EN. AZAD BIN JASMI, MELAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENASIHAT SG4 TUN MAHATHIR

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKB EN. AZAD BIN JASMI, MELAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENASIHAT SG4 TUN MAHATHIR

Kuala Lumpur – 07 Januari 2025, Selasa: En. Azad Bin Jasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Penasihat SG4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagi membincangkan beberapa inisiatif strategik yang bertujuan memacu pembangunan Negeri Kedah.

SG4, atau Pertumbuhan Strategik 4, adalah satu rangka kerja yang direka untuk memperkukuhkan sektor-sektor utama dalam negeri Kedah, negeri-negeri lain yang turut terlibat dalam inisiatif SG4 adalah negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia, seperti Perlis, Pulau Pinang, dan Perak dengan fokus khusus pada pertanian, pelancongan, dan pembangunan modal insan. Fokus SG4 adalah untuk mempertingkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta serta membangunkan rangka kerja yang menyokong pertumbuhan mampan di kawasan-kawasan ini.

Kunjungan hormat ini memberi tumpuan kepada rangka kerja SG4, yang menyasarkan untuk memperkasa ekonomi Kedah melalui penyelidikan, perancangan, dan pelaksanaan program yang menyokong pertumbuhan mampan dan inovasi. Dalam sesi perbincangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PKB En Mohd Azad bin Jasmi dan Penasihat SG4 Tun Mahathir membincangkan usaha untuk meneroka peluang dalam meningkatkan trafik pelancong serta memperkukuhkan sektor perhotelan di Langkawi dan seluruh Kedah, dengan matlamat menjadikan Negeri Kedah sebagai destinasi utama pelawat tempatan dan antarabangsa.

Sesi pertemuan ini juga turut membincangkan perancangan strategik jangka panjang untuk Negeri Kedah, termasuk kepentingan pembangunan modal insan sebagai tonggak utama dalam menyokong pertumbuhan mampan serta inovasi merentasi semua sektor. Komitmen berterusan Permodalan Kedah Berhad untuk memperkasakan potensi ekonomi negeri ini turut ditegaskan, dengan harapan untuk memastikan masa depan yang sejahtera bagi rakyat Kedah.

LAWATAN KERJA PKB DEVELOPMENT KE BRUNEI ECONOMIC DEVELOPMENT BOARD

LAWATAN KERJA PKB DEVELOPMENT KE BRUNEI ECONOMIC DEVELOPMENT BOARD

Brunei – 06 Januari 2025, Isnin: Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Kanan PKB Development (PKBD) Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira telah melakukan satu lawatan kerja ke Brunei Economic Development Board, Sabah.

Lawatan kerja ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi menyokong pembangunan negeri Kedah dan Sabah.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik PKB, PKBD dan Brunei Economic Development Board untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.

#PKBKAMIPRIHATIN – CSR SUMBANGAN PASCA BANJIR 2025

#PKBKAMIPRIHATIN – CSR SUMBANGAN PASCA BANJIR 2025

Kedah – 16 Disember 2024, Isnin: Permodalan Kedah Berhad (PKB) terus menunjukkan komitmen dalam membantu masyarakat Kedah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Dalam majlis penyerahan sumbangan pasca banjir yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan, seramai 350 penerima telah menerima bantuan yang disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, ADUN Kubang Rotan.

 

PKB diwakili oleh Encik Inas bin Ibrahim, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, bersama rakan kerjasama seperti Persatuan Hotel Malaysia Kedah Perlis, MyCar, dan Global Exhibition & Conferences (GEC). Kerjasama ini membuktikan semangat keprihatinan dan sokongan berterusan kepada komuniti yang terjejas dan memerlukan.

PKB berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir dan menjadi pemangkin untuk mereka kembali bangkit membina kehidupan yang lebih baik.