KUNJUNGAN HORMAT PKB KE PEJABAT MARA NEGERI KEDAH

KUNJUNGAN HORMAT PKB KE PEJABAT MARA NEGERI KEDAH

Alor Setar – 08 September 2024,  Ahad: Delegasi Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat MARA Negeri Kedah.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.

Lawatan ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.

Delegasi MARA Kedah telah diketuai oleh Pengarah Puan Lailatul Asmah bin Mohd Tahir yang turut sama, bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – MARA Negeri Kedah untuk jangka masa yang panjang.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN ZNTECH NETWORK SDN BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN ZNTECH NETWORK SDN BHD

Alor Setar – 04 September 2024, Rabu: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Zntech Network Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan Zntech Network Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan Encik Zainon Hanapi.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Zntech Network Sdn Bhd untuk bersama-sama meneroka dengan lebih mendalam sektor inovasi dalam industri “Food Security” berteraskan teknologi pembangunan bagi negeri Kedah dan Malaysia.

BENGKEL TAKSIRAN ZAKAT PERNIAGAAN BAGI KUMPULAN PKB

BENGKEL TAKSIRAN ZAKAT PERNIAGAAN BAGI KUMPULAN PKB

Alor Setar – 04 September 2024, Rabu: Bertempat di Bilik Seminar Aras 2, Menara Zakat Negeri Kedah telah berlangsung sebuah program taksiran zakat perniagaan bagi kumpulan PKB dan anak- anak syarikat.

Bengkel ini khusus dan bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih lanjut berkaitan taksiran zakat perniagaan kepada seluruh warga kerja kumpulan PKB dan anak- anak syarikat dan dikendalikan sepenuhnya oleh warga kerja Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Diharapkan agar bengkel ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua warga kerja kumpulan PKB dan anak- anak syarikat.

MESYUARAT PKB BERSAMA KXP AIRPORTCITY HOLDINGS SDN BHD

MESYUARAT PKB BERSAMA KXP AIRPORTCITY HOLDINGS SDN BHD

–

Alor Setar – 04 September 2024, Rabu: Bertempat di Hotel Jerai, Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd telah disantuni oleh Pengurusan PKB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize.

Mesyuarat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak dan pembangunan negeri Kedah.

Moga mesyuarat ini memberi sedikit perkongsian ilmu serta mengekalkan kelangsungan hubungan baik antara PKB dan KXP Airportcity Holdings Sdn Bhd untuk jangka masa yang panjang.

SIDANG KEMUNCAK SG4: PKB MENDAPAT JEMPUTAN MENGHADIRI ACARA BERPRESTIJ KERAJAAN NEGERI

SIDANG KEMUNCAK SG4: PKB MENDAPAT JEMPUTAN MENGHADIRI ACARA BERPRESTIJ KERAJAAN NEGERI

Selangor – 02 September 2024, Isnin – Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan telah menghadiri Jemputan Sidang Kemuncak ‘State Goverment 4’ (SG4) iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) ditubuhkan untuk memfokuskan kepda lima kluster utama iaitu infrastruktur dan logistik, perdagangan, pelaburan dan industri, pertanian dan sekuriti makanan, pendidikan dan modal insan dan sumber pendapatan baharu,” kata bekas Perdana Menteri Keempat dan ketujuh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tambahan itu, beliau berkata industri nadir bumi (REE) adalah salah satu sumber pendapatan utama yang boleh menyumbang kepada syarikat baharu ditubuhkan itu.

Beliau juga menambah penubuhan SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) memberi fokus untuk membangunkan sosioekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri yang terlibat.

Moga sidang kemuncak ini dapat membawa manfaat besar kepada rakyat khususnya di negeri-negeri SG4 kelak.

MESYUARAT ANTARA ALP PKB HOTEL DAN HOD HOTEL ADYA

MESYUARAT ANTARA ALP PKB HOTEL DAN HOD HOTEL ADYA

Langkawi – 28 Ogos 2024, Rabu: Satu perjumpaan dan perbincangan antara Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) Hotel Management & Services Sdn Bhd dan Ketua Jabatan Hotel Adya telah diadakan di Hotel Adya, Langkawi Kedah Darul Aman.

Tujuan program ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan dan laporan PKB Hotel sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Ogos 2024.

Diharapkan agar mesyuarat ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua yang terlibat pada hari tersebut.