DELEGASI PKB BERTEMU PENASIHAT SG4 TUN MAHATHIR: ASPIRASI, WAWASAN & KEPIMPINAN DI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

DELEGASI PKB BERTEMU PENASIHAT SG4 TUN MAHATHIR: ASPIRASI, WAWASAN & KEPIMPINAN DI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

Putrajaya – 5 Februari 2025, Rabu: Satu detik bersejarah bagi Delegasi PKB apabila berpeluang mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bertemu tokoh negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Penasihat SG4.

Delegasi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad bin Jasmi, bersama barisan pengurusan PKB termasuk Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan, Encik Badrudi bin Haji Hamid, serta Penolong Pengurus Operasi, Encik Mohd Hamiz bin Redzuan.

Dalam sesi diskusi yang penuh wawasan dan strategik, Tun Mahathir berkongsi pengalaman serta pandangan tajam mengenai kepimpinan, daya saing ekonomi, serta cabaran dan peluang dalam membangunkan negeri Kedah. Beliau menegaskan kepentingan pemikiran strategik, keberanian dalam membuat perubahan, serta komitmen jitu dalam memacu pembangunan berteraskan kemajuan dan kestabilan.

Setiap butir kata dan nasihat beliau menjadi sumber inspirasi luar biasa buat delegasi PKB dalam merangka hala tuju serta memperkukuh peranan dalam mencorak masa depan negeri Kedah yang lebih cemerlang dan berdaya maju.

Dengan semangat dan wawasan yang jitu, delegasi PKB komited untuk terus memacu transformasi ekonomi Kedah, mencipta peluang baharu, serta merealisasikan aspirasi SG4 sebagai model kejayaan negeri-negeri berkepimpinan progresif!

JALINAN STRATEGIK KEDAH-MELAKA: KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERMODALAN KEDAH BERHAD KEPADA BENDAHARA SERI NARA DI RAJA TUN ALI

 

Melaka – 03 Februari 2025, Isnin: Dalam satu pertemuan penuh signifikan, En. Azad Bin Jasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali Bin Bendahara Sri Amar Diraja. Kunjungan ini mencerminkan kesungguhan dua negeri bersejarah, Kedah dan Melaka, dalam memperkukuhkan sinergi strategik demi kemajuan bersama.

Perbincangan bersejarah ini membuka lembaran baharu dalam menjalin kerjasama ekonomi, pelancongan, dan pembangunan infrastruktur, sekaligus merintis pelbagai peluang baharu yang bakal memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat kedua-dua negeri.

Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali, sebagai seorang tokoh berwibawa dalam pentadbiran, menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif ini dan menzahirkan komitmen untuk memastikan jalinan strategik ini mencapai kejayaan cemerlang.

Kunjungan ini bukan sekadar pertemuan diplomatik, tetapi juga salah satu manifestasi kesepakatan dan aspirasi besar dalam mencorakkan masa depan yang lebih gemilang bagi Negeri Kedah dan Melaka. Dengan gabungan kepakaran, sumber dan perancangan rapi, kedua-dua negeri bersedia melangkah ke hadapan sebagai kuasa ekonomi serantau yang lebih kukuh dan berdaya saing.

“Dari warisan gemilang, menuju masa depan cemerlang” – inilah semangat yang membakar dalam jalinan strategik antara Kedah dan Melaka!

JELAJAH SERI LIBAT URUS DAN MADANI MENDENGAR UNTUK RANCANGAN MALAYSIA KE – 13 (RMK13)

JELAJAH SERI LIBAT URUS DAN MADANI MENDENGAR UNTUK RANCANGAN MALAYSIA KE – 13 (RMK13)

Alor Setar – 21 Januari 2025, Selasa: Bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar Kedah delegasi Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menghadiri Jelajah Sesi Libat Urus dan Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Delegasi Kumpulan PKB diketuai oleh Encik Badrudi bin Haji Hamid, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan PKB, Pengurus PKB Hotel Puan Roseita binti Jamaludin, Penolong Pengurus PKB Capital Sdn Bhd Encik Farizul bin Abd Ghani dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan. Mereka turut serta dalam sesi interaktif Madani Mendengar, yang menggunakan format tanya langsung bersama Menteri Ekonomi Malaysia, Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli.

Sebagai sebuah entiti yang komited kepada pembangunan ekonomi negeri, kehadiran PKB dalam pelancaran ini memperkukuhkan peranannya sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam mendukung inisiatif transformasi sosioekonomi, inovasi, dan keberdayaan komuniti.

Majlis ini turut dihadiri oleh pelbagai delegasi dari agensi kerajaan, sektor swasta, dan pemimpin komuniti yang menyokong aspirasi bersama ke arah pembangunan mampan dan inklusif. PKB kekal bertekad untuk menggalas tanggungjawab ini dengan penuh iltizam, memacu ekonomi negeri Kedah ke arah masa depan yang lebih gemilang.

 

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB, TETUAN AKMAL SHAMSUL KAHAR & CO (ASKCO), CORPORATE MIND GROUP, DAN JAKARTA BUSNIESS SCHOOL (JBS)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB, TETUAN AKMAL SHAMSUL KAHAR & CO (ASKCO), CORPORATE MIND GROUP, DAN JAKARTA BUSNIESS SCHOOL (JBS)

Kuala Lumpur – 20 Januari 2025, Isnin: Bertempat di Hotel Binjai, Kuala Lumpur telah termeterai satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permodalan kedah Berhad bersama Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO), Corporate Mind Group, dan Jakarta Business School (JBS).

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi mewakili PKB manakala mewakili Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO) Encik Muhammad Akmal, mewakili Corporate Mind Group Puan Siti Nurfarhana Omar Aziz Ketua Pegawai Eksekutif dan mewakili Jakarta Business School Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Kerjasama strategik antara ASKCO, Corporate Mind Group, PKB, dan Jakarta Business School bertujuan memperkasakan usahawan tempatan, memacu inovasi, serta mentransformasi ekonomi negara dengan pendekatan holistik yang menekankan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat. ASKCO, firma guaman dengan jaringan global, menyediakan penyelesaian perundangan inovatif, manakala Corporate Mind Group memberi panduan strategik dalam penggabungan dan pengambilalihan (M&A), penstrukturan saham, rangka kerja ESG, usaha sama (JV), IPO, serta strategi modal teroka (VC) dan ekuiti persendirian (PE).

Kerjasama ini melambangkan dedikasi membina Malaysia yang dinamik, inklusif, dan kompetitif di peringkat antarabangsa, sambil memperkukuh komuniti perniagaan tempatan untuk menghadapi cabaran global dengan yakin.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN BRAVO BORNEO SHIPYARD SDN BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN BRAVO BORNEO SHIPYARD SDN BHD

Kuala Lumpur – 20 Januari 2025, Isnin: Bertempat di Hotel Impiana, Kuala Lumpur satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize mewakili PKB manakala mewakili Bravo Borneo Shipyard diketuai oleh Pengarah Urusan, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Affenddy Suhaimi, Timbalan Pengarah Urusan Datuk Norazuwan Aziz, Ketua Pembangunan dan Hal Ehwal Korporat Puan Frida Farah Bungga dan Ketua Pegawai Kewangan Muhammad Ariff Husain.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd dalam kepakaran pelbagai sektor demi memperkukuhkan pembangunan ekonomi, teknologi, dan keupayaan industri maritim yang memberi manfaat kepada masyarakat negeri Kedah. Melalui kerjasama ini, diharapkan sinergi yang terjalin dapat membuka peluang-peluang baharu dalam inovasi, pelaburan strategik, dan pertumbuhan sektor berkaitan.