LAWATAN KERJA PKB DEVELOPMENT KE BRUNEI ECONOMIC DEVELOPMENT BOARD

LAWATAN KERJA PKB DEVELOPMENT KE BRUNEI ECONOMIC DEVELOPMENT BOARD

Brunei – 06 Januari 2025, Isnin: Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Kanan PKB Development (PKBD) Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira telah melakukan satu lawatan kerja ke Brunei Economic Development Board, Sabah.

Lawatan kerja ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi menyokong pembangunan negeri Kedah dan Sabah.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik PKB, PKBD dan Brunei Economic Development Board untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.

#PKBKAMIPRIHATIN – CSR SUMBANGAN PASCA BANJIR 2025

#PKBKAMIPRIHATIN – CSR SUMBANGAN PASCA BANJIR 2025

Kedah – 16 Disember 2024, Isnin: Permodalan Kedah Berhad (PKB) terus menunjukkan komitmen dalam membantu masyarakat Kedah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Dalam majlis penyerahan sumbangan pasca banjir yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan, seramai 350 penerima telah menerima bantuan yang disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, ADUN Kubang Rotan.

 

PKB diwakili oleh Encik Inas bin Ibrahim, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, bersama rakan kerjasama seperti Persatuan Hotel Malaysia Kedah Perlis, MyCar, dan Global Exhibition & Conferences (GEC). Kerjasama ini membuktikan semangat keprihatinan dan sokongan berterusan kepada komuniti yang terjejas dan memerlukan.

PKB berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir dan menjadi pemangkin untuk mereka kembali bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PKB KALI KE 84 BIL 3/2024

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PKB KALI KE 84 BIL 3/2024

Alor Setar – 09 Disember 2024, Isnin: Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke 84 Bil 3 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Aras 3, Blok ‘A’ Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK, bersama Ketua – ketua Pegawai Eksekutif yang lain.

Mesyuarat ini telah diisi dengan pengisian dan laporan projek- projek selama setahun PKB serta anak-anak syarikat, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan PKB dan Negeri Kedah.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN MYSPATIAL SDN BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN MYSPATIAL SDN BHD

Alor Setar – 09 Disember 2024, Isnin: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MySpatial Sdn Bhd. 

 

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Penolong Pengurus En Hamiz Redzuan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MySpatial Sdn Bhd dalam kepakaran perusahaan teknologi yang berfokus pada solusi berbasis geospatial dan data lokasi yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.

 

 

 

 

 

 

 

KUNJUNGAN HORMAT PKB KE SADA

KUNJUNGAN HORMAT PKB KE SADA

Alor Setar – 4 Disember 2024, Rabu: Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi hari ini telah melakukan satu kunjungan hormat bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan ke Menara SADA hari ini.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan negeri Alor Setar dan demi pembangunan negeri Kedah pada masa akan datang.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik antara PKB dan SADA untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.