KUNJUNGAN HORMAT SHAHNAZ HEALTHCARE KE PKB

KUNJUNGAN HORMAT SHAHNAZ HEALTHCARE KE PKB

Alor Setar – 18 Ogos 2024, Ahad: Bertempat di Hotel Jerai,  Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara Shahnaz Healthcare dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi Shahnaz Healthcare telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan 

Lawatan ini telah diisi dengan pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak dan pembangunan negeri Kedah.

Moga lawatan ini memberi sedikit perkongsian ilmu serta mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – Shahnaz Healthcare untuk jangka masa yang panjang.

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI CSSDS KE PKB

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI CSSDS KE PKB

Alor Setar – 18 Ogos 2024, Ahad: Bertempat di Hotel Jerai,  Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara CSSDS Environmental Technologies dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi CSSDS telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Sesi lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.

Delegasi CSSDS telah diketuai oleh Mr Liu Yanchen Pengurus Besar dan Pengarah, Mr David Chong Pengarah Eksekutif dan Mr Huang Hai Ketua Jurutera dan Pengarah.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – CSSDS untuk masa hadapan.

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG BRAHIMS

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG BRAHIMS

Selangor – 8 Ogos 2024, Khamis: Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Pengurus PKB Hotel Puan Roseita binti Jamaludin dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Lawatan ke Kilang Brahims.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas konsep (retord) bungkusan makanan dalam paket untuk memanjangkan hayat makanan. Melalui konsep ini makanan akan segar selama 2 tahun tanpa pengawet.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian kilang melihat bahagian R&D penggunaan mesin retord, suhu dan tekanan yang digunakan seperti rebusan dan panaskan untuk menyahaktifkan kuman.

Moga dengan kunjungan tapak ke Kilang Brahims sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam pembuatan konsep retord yang akan dijalankan kelak di PKB Hotel kelak.

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG IBS TASBLOCK

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG IBS TASBLOCK

Selangor – 8 Ogos 2024, Khamis: Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Lawatan ke Kilang IBS Tasblock.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat jelas pembuatan dan pemasangan di tapak nanti bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik di negeri Kedah dilaksanakan dengan terperinci.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian kilang untuk melihat teknik pembinaan di mana komponen dihasilkan dalam persekitaran terkawal – sama ada di tapak atau di luar tapak – diletakkan dan dipasang ke dalam kerja pembinaan.

Moga dengan kunjungan tapak ke Kilang IBS Tasblock sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran dalam pembangunan projek perumahan yang akan dijalankan kelak di negeri Kedah.

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG NICHICON

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG NICHICON

Selangor – 08 Ogos 2024, Khamis: Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, bersama Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Pengurus PKB Hotel Puan Roseita binti Jamaludin dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah melaksanakan lawatan ke Kilang Nichichon untuk Melawat Solar yang Dipasang Syarikat Jase.

Lawatan tapak ini bertujuan bagi menyakinkan pihak PKB dalam menawarkan tawaran kerja bagi syarikat yang telah melepasi syarat kelayakan untuk pemasangan sistem solar.

Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian dalam Kilang Inchicon untuk melawat solar yang dipasang Syarikat Jase untuk memberikan gambaran yang jelas kepada delegasi PKB bagaimana pemasangan solar tersebut.

Moga dengan kunjungan tapak ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran sistem solar dalam pembangunan projek pemasangan sistem solar di Hotel Adya Kuah, Langkawi Kedah kelak.