LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE PUSAT IBS CIDB

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE PUSAT IBS CIDB

Kuala Lumpur – 27 Mei 2024, Isnin: Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad (PKB), Puan Muzzaini binti Abd. Rahman bersama Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Capital En Ahmad Farizul bin Abd. Ghani telah melaksanakan lawatan ke Pusat IBS CIDB bagi merealisasikan Projek The Greater Homes @Kedah. Lawatan ini bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan pembangunan rumah mampu milik di negeri Kedah.

Delegasi PKB telah disambut baik oleh Pengurusan CIDB IBS dan diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak perunding ZAB memberi taklimat ringkas mengenai IBS CIDB. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian galeri dan contoh rumah IBS.

Moga dengan kunjungan tapak ke Pusat IBS CIDB bersama CIDB dapat membangunkan projek perumahan yang akan dijalankan. Tambahan itu ia juga dapat meningkatkan pasaran dan kualiti perumahan di negeri Kedah.

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG MODENAS

LAWATAN TAPAK KUMPULAN PKB KE KILANG MODENAS

Gurun – 07 Mei 2024, Selasa – Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), En Mohd Azad Bin Jasmi bersama kumpulan PKB telah melaksanakan lawatan ke Kilang Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas). Lawatan bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan industri solar dapat dilihat secara menyeluruh bersama pihak pelabur – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Pihak Lembaga Maktab Mahmud yang berhasrat membuat pemasangan sistem solar di seluruh Bangunan Sekolah Kelolaan Lembaga Maktab Mahmud.

Delegasi ini disambut baik oleh Pengurusan Modenas dan Malakoff diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak Lembaga Maktab Mahmud diberi taklimat ringkas mengenai Pemasangan Solar Berbumbung dan pengoperasian Modenas. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian production serta melihat sistem solar.

Moga dengan kunjungan tapak ke Modenas dan kerjasama yang kukuh antara PKB bersama Malakoff dapat membangunkan projek penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan tenaga solar. Tambahan itu ia juga dapat mentransformasikan pembangunan ekonomi negeri dengan mengambilkira Kemampanan Alam Sekitar.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN RETD KOREA

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN RETD KOREA

Alor Setar – 29 April 2024, Isnin: Satu perjanjian telah termeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan RETD Korea bagi projek ‘Light Rapid Transit’ (LRT) menggunakan Sistem Teknologi MAGLEV dan ‘Transit Oriented Developments’ (TOD) untuk Pulau Langkawi, Kedah bertempat di Dewan Jamuan Negeri, Wisma Kedah Darul Aman semalam.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan menjalin kerjasama silang dalam melakukan kajian yang mendalam untuk mengkaji teknikal, sudut geografi dan impak ekonomi projek ini kepada penduduk tempatan.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala RETD Korea diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mr Lee Changwook.

Turut menyaksikan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor SPMK.,AMK., Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pegerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi), YB Dr. Haim Hilman Bin Abdullah.

Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah ini ialah seluruh warga kerja PKB.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh dalam usaha meningkatkan perkembangan industri pelancongan dan ekonomi di Kedah khususnya Pulau Langkawi.

GEMILANG SYAWAL 2024 BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH

GEMILANG SYAWAL 2024 BERSAMA MENTERI BESAR KEDAH

Alor Setar – 18 April 2024, Khamis: Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 di Seri Mentaloon, Alor Setar Kedah.

En Azad bin Jasmi serta warga kerja Permodalan Kedah Berhad turut hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut.

Majlis yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang itu menerima kira-kira melebihi 15,000 orang tetamu yang rata-rata terdiri daripada jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta rakyat negeri Kedah.

Pelbagai juadah disajikan kepada tetamu seperti nasi minyak, ketupat rendang, minuman, kambing golek, apom lenggang, sate, ais krim, kuetiau goreng, bihun sup, mee goreng, minuman dan sebagainya.

Moga sambutan Majlis Rumah Terbuka ini diiringi kasih sayang, kesejahteraan dan kemakmuran buat negeri dan rakyat Kedah khususnya, Insya-Allah.

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PKB KALI KE – 84 BIL 1/2024

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PKB KALI KE – 84 BIL 1/2024

Alor Setar – 31 Mac 2024,  Ahad: Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke 84 Bil 1 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Aras 3, Blok ‘A’ Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK, bersama Ketua – ketua Pegawai Eksekutif yang lain.

Mesyuarat ini telah diisi dengan pengisian dan laporan projek- projek semasa dan baharu PKB serta anak-anak syarikat, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan PKB.