MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PKB DAN BEATIFIC PLANNING

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PKB DAN BEATIFIC PLANNING

Alor Setar – 16 November 2025, Ahad: Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Beatific Planning sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan inisiatif yang mampu menyokong agenda pertumbuhan PKB serta memperluas potensi nilai kepada pihak berkepentingan.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Mohd Azad bin Jasmi, dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Cik Nor Shada binti Md Dahlal Eksekutif Projek serta wakil utama dari pihak Beatific Planinng iaitu Encik Che Ahmad Rahiman Che Rozaid, Encik Hadaif Azwan Hasnizam dan Encik Akmal Faiz bin Nor Zaini.

Pemeterian MoU ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang yang saling melengkapi, termasuk penyelarasan kepakaran, peningkatan kecekapan operasi, serta pelaksanaan program berimpak yang memberi manfaat kepada komuniti dan pembangunan ekonomi negeri.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen PKB untuk terus membina rangkaian strategik dengan organisasi yang berpotensi, sejajar dengan aspirasi syarikat untuk memperkukuh daya saing dan menyumbang kepada pembangunan mapan di Kedah.

KUNJUNG HORMAT PKB KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

KUNJUNG HORMAT PKB KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Shah Alam – 12 November 2025, Rabu: Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta menjalin jaringan kerjasama yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kunjungan ini diketuai oleh Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Hamiz bin Mohd Redzuan, Penolong Pengurus Operasi, dan Encik Muhammad Syazmi Aiman bin Abd Razak, Eksekutif Projek.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua organisasi untuk bertukar pandangan mengenai peluang kolaborasi, pertukaran pengetahuan serta pengukuhan hubungan kerja dalam pelbagai bidang yang mampu menyokong pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

Kunjung hormat ini mencerminkan komitmen PKB untuk terus memperluas jalinan strategik dengan institusi utama negara dalam usaha memantapkan peranan korporat serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.

KUNJUNG HORMAT PKB KE PEJABAT LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) NEGERI KEDAH

KUNJUNG HORMAT PKB KE PEJABAT LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) NEGERI KEDAH

Alor Setar – 3 November 2025, Isnin : Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kedah bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama dalam sektor pembangunan tanah dan pertanian komersial di Negeri Kedah.

Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKB, Encik Azad bin Mohd Jasmi, disertai oleh Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Hamiz bin Mohd Redzuan, Penolong Pengurus Operasi, dan Encik Muhammad Syazmi Aiman bin Abd Razak, Eksekutif Projek.

Delegasi PKB telah disambut mesra oleh Puan Nor Rahila binti Mohd Yusof, Pemangku Pengarah LPP Negeri Kedah, bersama barisan pengurusan kanan LPP.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi strategik antara PKB dan LPP Kedah dalam memperkukuh rantaian nilai sektor pertanian, mempertingkat kecekapan pengurusan sumber, serta memperluas peluang pelaburan berimpak tinggi kepada komuniti peladang negeri.

Kunjung hormat ini mencerminkan komitmen PKB untuk terus menjalinkan hubungan erat dengan agensi-agensi utama negeri dalam usaha memperkukuh ekosistem pelaburan dan memperluas impak sosial kepada rakyat Kedah.

PKB & PKB BUILDERS PERKASA PERANAN INDUSTRI DALAM SAMBUTAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) 2025 KEDAH

PKB & PKB BUILDERS PERKASA PERANAN INDUSTRI DALAM SAMBUTAN HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA (HPTN) 2025 KEDAH

Alor Setar -22 & 23 Oktober 2025, Selasa & Rabu : Bertempat di Dewan Insaniah, Kompleks Pembangunan Asnaf (UniSHAMS), Mergong, Alor Setar telah berlansung Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan penuh meriah.

Acara dwitahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan warga profesion teknikal yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan dan pembangunan infrastruktur negara.

Bertemakan “Mengorak Inovasi Masa Depan; Demi Kemanusiaan”, HPTN 2025 menekankan kepentingan inovasi dan teknologi yang berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar ianya selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, DSSS., SSS., AMK., BKM., Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah.Turut hadir YBrs. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah bersama barisan pegawai kanan JKR Negeri Kedah.

Di reruai PKB Builders Sdn. Bhd., tetamu kehormat telah diiringi oleh En. Mohd Salahuddin bin Mohd Anor, Pengarah PKB Builders, yang hadir mewakili syarikat tersebut, serta Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize, Eksekutif Komunikasi Korporat Permodalan Kedah Berhad (PKB), yang turut mewakili PKB. Kehadiran mereka bagi menyambut kunjungan tetamu dan memperkenalkan pelbagai inisiatif, projek strategik serta peranan kumpulan PKB dalam menyokong agenda pembangunan negeri Kedah kepada para delegasi.

Sebagai antara 20 pempamer yang turut serta, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan PKB Builders Sdn Bhd berbangga dapat menyertai pameran ini dengan menampilkan pelbagai inisiatif pembangunan hartanah, perkhidmatan pembinaan serta projek strategik yang menyokong agenda pembangunan negeri Kedah.

Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara agensi teknikal dan entiti pembangunan negeri, tetapi turut membuka peluang kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah untuk mengenali lebih dekat bidang teknikal serta peranan PKB dan PKB Builders dalam memacu pembangunan negeri.

PKB dan PKB Builders mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan HPTN 2025. Komitmen ini membuktikan sokongan berterusan PKB terhadap pembangunan mampan, inovatif dan berteraskan nilai kemanusiaan di Negeri Kedah dan Malaysia secara keseluruhan.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YANG BERBAHAGIA PROF. MADYA DR. HALIM & DELEGASI UUM KE PKB

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YANG BERBAHAGIA PROF. MADYA DR. HALIM & DELEGASI UUM KE PKB

Alor Setar – 14 Oktober 2025, Selasa: – Permodalan Kedah Berhad (PKB) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Halim bersama delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di Bilik Mesyuarat Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi PKB bagi sesi kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Mohd Azad bin Jasmi, turut disertai oleh Eksekutif Projek iaitu Cik Nor Shada binti Md Dahlal dan Encik Mohd Syazmi Aiman bin Abd. Razak

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan strategik antara PKB dan UUM, khususnya dalam usaha memperluas kerjasama berteraskan pembangunan korporat, penyelidikan serta pembangunan modal insan di negeri Kedah.

Sesi pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam pelbagai inisiatif yang menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri.

PKB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat ini dan berharap hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuh demi manfaat bersama pada masa hadapan.