KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PERANCANGAN TLDM, KUALA LUMPUR

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PERANCANGAN TLDM, KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur – 9 Oktober 2025, Khamis: Wakil daripada Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang diketuai oleh Encik Mohd Azad bin Jasmi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bersama Puan Muzzaini binti Abd Rahman Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Encik Mohd Hamiz bin Redzuan Penolong Pengurus Operasi, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pembangunan dan Perancangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuala Lumpur.

Kunjungan ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan meneroka potensi kerjasama strategik antara PKB dan TLDM dalam aspek pembangunan serta pelaburan masa hadapan.

PKB & OCEAN RICH RESOURCES TANDANTANGANI MOU PERKUKUH INDUSTRI AKUAKULTUR KEDAH

PKB & OCEAN RICH RESOURCES TANDANTANGANI MOU PERKUKUH INDUSTRI AKUAKULTUR KEDAH

Kuala Lumpur – 9 September 2025, Khamis: Permodalan Kedah Berhad (PKB) terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pembangunan strategik Negeri Kedah apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai bersama Ocean Rich Resources Sdn. Bhd. pada majlis yang berlangsung di Hotel Impiana, Kuala Lumpur. Majlis berkenaan menyaksikan pemeteraian MoU oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKB, En. Mohd Azad bin Jasmi, yang turut diiringi oleh Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan, dan En. Hamiz bin Mohd Redzuan, Penolong Pengurus Operasi. Sementara itu, Ocean Rich Resources Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, En. Muhammad Edris Qayyum bin Abdul Rahman.

Majlis ini menandakan komitmen kedua-dua pihak untuk menjalin kerjasama strategik dalam memperkukuh sektor akuakultur negeri Kedah secara mampan, khususnya melalui pembangunan dan pengkomersialan industri tiram berskala besar dengan matlamat menjadikan Kedah sebagai Pusat Industri Tiram Malaysia.

Objektif utama MoU ini adalah untuk mewujudkan platform kolaborasi yang memberi manfaat bersama melalui perkongsian kepakaran, sumber dan pengalaman antara PKB dan Ocean Rich Resources. Kerjasama ini dijangka memperkukuh potensi ekonomi negeri dalam sektor akuakultur, meningkatkan peluang pelaburan serta memperluas pasaran hasil laut tempatan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Melalui persefahaman ini, PKB dan Ocean Rich Resources sepakat untuk meneroka peluang pelaburan baharu, memperkukuh rantaian nilai industri, serta memacu pertumbuhan sektor akuakultur yang selaras dengan dasar pembangunan hijau negeri Kedah. Inisiatif ini turut disasarkan untuk memberi impak positif kepada pembangunan komuniti setempat melalui peningkatan aktiviti ekonomi pesisir dan pewujudan peluang pekerjaan baharu.

Penandatanganan MoU ini mencerminkan usaha berterusan PKB dalam membina sinergi strategik bersama sektor swasta bagi memperkukuh daya saing ekonomi negeri. PKB kekal komited dalam memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran Negeri Kedah Darul Aman.

PKB & AMAN SETIA KONSORTIUM PERKUKUH SINERGI HIJAU DI LANGKAWI KEDAH

PKB & AMAN SETIA KONSORTIUM PERKUKUH SINERGI HIJAU DI LANGKAWI KEDAH

Langkawi – 1 Oktober 2025, Rabu: Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB) bersama Aman Setia Konsortium hari ini melaksanakan lawatan tapak bersama Jabatan Alam Sekitar bagi projek tambak laut di Kelibang, Langkawi.

Hadir mewakili PKB ialah Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan PKB, dan En. Hamiz bin Redzuan, Penolong Pengurus PKB. Kehadiran mereka di lokasi menunjukkan kesungguhan PKB untuk memantau secara dekat pelaksanaan projek dan memastikan ia mematuhi piawaian kelestarian alam sekitar.

Lawatan ini menjadi simbol kepada komitmen PKB dalam memastikan setiap projek pembangunan bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga menyokong pemeliharaan alam semula jadi. Melalui kerjasama erat dengan Aman Setia Konsortium, PKB terus mengorak langkah menerajui pembangunan maritim berimpak tinggi yang mampu menjadi pemacu pertumbuhan baharu bagi Langkawi dan negeri Kedah secara keseluruhan.

PKB & KIAM PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA PNB DAN ASNB DI MENARA MERDEKA 118

PKB & KIAM PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA PNB DAN ASNB DI MENARA MERDEKA 118

Kuala Lumpur – 30 September 2025, Isnin: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB), En. Mohd Azad Jasmi, yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Kedah Islamic Asset Management Berhad (KIAM), bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah KIAM iaitu Yang Bhg Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Mohd Salleh Bin Haji Din dan Yang Bhg Dato’ Azman Bin Aziz telah mengadakan kunjungan hormat ke YBhg Dato’ Abdul Rahman Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta YBhg Encik Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di Tingkat 90, Menara Merdeka 118.

Pertemuan berprofil tinggi ini menjadi platform strategik untuk merangka peluang pelaburan berimpak tinggi, mendapatkan pandangan serta nasihat berharga, selain bertukar-tukar idea dan membuka ruang kerjasama lebih luas demi memperkukuh kedudukan PKB dan KIAM sebagai pemacu pembangunan ekonomi Negeri Kedah.

PKB PERKUKUH JARINGAN STRATEGIK BERSAMA PPIM & SYARIKAT – SYARIKAT TERPILIH

PKB PERKUKUH JARINGAN STRATEGIK BERSAMA PPIM & SYARIKAT – SYARIKAT TERPILIH

Kuala Lumpur – 30 September 2025, Isnin: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB), En. Mohd Azad Jasmi, bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, telah mengadakan mesyuarat berprofil tinggi yang turut disertai beberapa syarikat terkemuka.

Sesi ini menjadi platform strategik untuk merangka peluang kerjasama baharu, memperkukuh jaringan perniagaan serta membuka ruang sinergi lebih luas antara PKB, PPIM dan pemain industri.

Melalui perbincangan ini, PKB terus memperteguh peranannya sebagai pemangkin ekonomi Negeri Kedah, memperluas rangkaian strategik, dan memastikan setiap inisiatif yang diambil berimpak tinggi serta selari dengan aspirasi pembangunan mapan.