MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PKB KALI KE  – 84 BIL 2/2024

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PKB KALI KE – 84 BIL 2/2024

Alor Setar – 25 Julai 2024, Khamis: Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke 84 Bil 2 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Aras 3, Blok ‘A’ Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK, bersama Ketua – ketua Pegawai Eksekutif yang lain.

Mesyuarat ini telah diisi dengan pengisian dan laporan projek- projek semasa dan baharu PKB serta anak-anak syarikat, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan PKB dan Negeri Kedah.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MIDA KE PKB

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MIDA KE PKB

Alor Setar – 24 Julai 2024, Rabu: Pengarah Malaysian Investment Development Authority (MIDA) telah melakukan kunjungan hormat ke Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

Pengarah MIDA telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – MIDA untuk masa hadapan.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN BESGRADE PLYWOOD SDN BHD

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB DAN BESGRADE PLYWOOD SDN BHD

Alor Setar – 22 Julai 2024, Isnin: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Besgrade Plywood Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Besgrade Plywood Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Projek Mr Tan Chor Eng.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Besgrade Plywood Sdn Bhd untuk membangunkan sektor hartanah di Negeri Kedah.

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE PEJABAT YB. DATO’ WIRA HAJI SYED KHAIROL ANUAR BIN SYED ABIDIN

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE PEJABAT YB. DATO’ WIRA HAJI SYED KHAIROL ANUAR BIN SYED ABIDIN

Alor Setar – 22 Julai 2024, Isnin: Delegasi Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat YB. Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan telah disantuni oleh YB. Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua pihak, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan untuk pembangunan negeri Kedah.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik untuk jangka masa yang panjang.

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE KAB ENERGY HOLDINGS SDN BHD

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PKB KE KAB ENERGY HOLDINGS SDN BHD

Kuala Lumpur – 16 Julai 2024, Selasa: Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat, KAB Energy Holdings Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah disantuni oleh Pengurusan KAB Energy Holdings.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua syarikat, serta bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan KAB Energy Holdings Sdn Bhd (KABEH) melalui pelaksanaan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui untuk kemajuan negeri Kedah.

Delegasi PKB telah disantuni oleh Pengarah Eksekutif KABEH, Dato’ Lai Keng Onn, Pengarah KABEH Datuk Wira Mubarak Hussain, Ketua Pegawai Operasi Bahagian SES En Jonathan Wu Jo-Han turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – KABEH dalam kerjasama ke arah merealisasikan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas untuk masa hadapan negeri Kedah.