BENGKEL SEMAKAN PRESTASI PERTENGAHAN TAHUN ANAK-ANAK SYARIKAT PKB

BENGKEL SEMAKAN PRESTASI PERTENGAHAN TAHUN ANAK-ANAK SYARIKAT PKB

Langkawi – 15 Julai 2024, Isnin: Pada 14 Jun 2024 yang lepas, Bengkel Semakan Pretasi Pertengahan Tahun Anak – Anak Syarikat Permodalan Kedah Berhad telah diadakan di Hotel Adya, Langkawi Kedah Darul Aman.

Program ini khusus untuk seluruh warga kerja PKB dan telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif En Mohd Azad bin Jasmi.

Tujuan program ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan dan laporan anak-anak syarikat PKB sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Jun 2024.

Diharapkan agar bengkel ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua warga kerja anak – anak syarikat PKB.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB, KIAM DAN FCA

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA PKB, KIAM DAN FCA

Alor Setar – 11 Julai 2024, Khamis: Satu perjanjian telah dimeterai antara, Permodalan Kedah Berhad (PKB), Kedah Islamic Asset Management (KIAM) dan FCA Capital Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi, KIAM diwakili oleh Prof. Emeritus Dato’ Wira Dr. Mohd. Salleh bin Haji Din manakala FCA Capital Sdn Bhd diwakili oleh Dato’ Nik Mohd Amin Bin Nik Abdul Majid.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Ketua Eksekutif KIAM Encik Adi Harriman bin Abdul Majid dan Pengarah Pembangunan Perniagaan FCA Capital Sdn Bhd Dato A Razak Kassim.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB dan KIAM bersama FCA Capital Sdn Bhd untuk meneroka sektor inovasi dalam industri “Food Security” berteraskan teknologi pembangunan bagi negeri Kedah dan Malaysia.

KUNJUNGAN HORMAT PKB KE LZNK

KUNJUNGAN HORMAT PKB KE LZNK

Alor Setar – 08 Julai 2024, Isnin: Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke Lembaga Zakat Negeri Kedah, Menara Zakat, Alor Setar.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan telah disantuni oleh Pengurusan LZNK.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua syarikat, serta bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui pelaksanaan tanggungjawab zakat perniagaan yang lebih teratur dan sistematik.

Delegasi PKB telah disantuni oleh Pengarah Eksekutif LZNK, Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman, DSDK, AMK yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – LZNK untuk masa hadapan.

KUNJUNGAN HORMAT PKB KE BDB

KUNJUNGAN HORMAT PKB KE BDB

Alor Setar – 01 Julai 2024, Isnin: Delegasi Permodalan Kedah Berhad telah melakukan lawatan ke Bina Darul Aman Berhad., Ibu Pejabat, Alor Setar.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah disantuni oleh Pengurusan BDB.

Lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua syarikat, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak untuk pembangunan negeri Kedah.

Delegasi BDB telah diketuai oleh Pengarah Ekesekutif, YM Raja Shahreen yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – BDB untuk jangka masa yang panjang.

MAJLIS MENANDATANGANI ‘TERM SHEET’ ANTARA PKB DAN TEGUH HARIAN GROUP

MAJLIS MENANDATANGANI ‘TERM SHEET’ ANTARA PKB DAN TEGUH HARIAN GROUP

Alor Setar – 01 Julai 2024, Isnin: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Teguh Harian Group bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Teguh Harian Group diwakili oleh Mr Law Hoo Chew Pengurus Perancangan dan Pembangunan Hartanah.

Majlis menandatangani ‘term sheet’ ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Encik Badrudi bin Haji Hamid.

Moga ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Teguh Harian Group dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek perumahan mampu milik untuk rakyat negeri Kedah.